BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
Wanita dilahirkan sifat penyayang , mudah terasa , hati yang lembut dan ego yang tinggi, jangan sakiti hatinya walau sedikit pun.

17 Apr 2012

"HUKUM KARMA"

hy peepps :)
lame dah x update blog nieyh,terbiar mcm tak bertuan..
bkn xnk luangkan masa aq kat sini tp urusan byk sgt..
skang nieyh aku nk persoalkan "hukum karma"
adakah hukum karma tu wujud?aq rasa ye.


Di dalam Islam,hukum Karma(seperti agama Hindu) tidak pernah wujud.Memang benar di dalam surah Al-Zalzalah dinyatakan berbuat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas dengan kejahatan tapi ini bukanlah hukum Karma seperti yang dipercayai oleh penganut agama Hindu. Hal ini kerana Hukum Karma di dalam agama Hindu terhad di dunia semata-mata,mereka tidak percaya kehidupan selepas mati,apa yang mereka percaya jika manusia sudah cukup membuat baik, dia akan bergabung dengan tuhan dan bila dia pula akan menentukan nasib manusia yang lain.
Tapi apa yang ada di dalam Islam,kita berbuat baik di dunia, kita akan mendapat syurga di akhirat kelak. Buat jahat,dapat neraka. Malah,karma dalam Islam juga merangkumi satu aspek yang besar iaitu akibat itu akan berlaku kepada pelaku,waris pelaku dan seluruh penduduk bumi. Tidak dalam agama Hindu,hanya pelaku sahaja akan menanggung sebab dan akibat.



Islam mengiktiraf konsep sebab dan akibat atau anda mungkin lebih suka memanggilnya karma dan Islam juga mengiktiraf satu lagi konsep yang diberi nama Ujian.Berdasarkan konsep ujian inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi jika dia berjaya lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep Ujian inilah,hukum Karma seperti Agama Hindu mampu ditolak bulat-bulat oleh orang Islam.

Saranan Rasulullah,apabila manusia buat baik kepada kita,balaslah ia dengan kebaikan. Begitu juga jika mereka berlaku jahat kepada kita,balaslah dengan kebaikan kerana apa yang Islam tekankan,bukan balasan di dunia tapi balasan di akhirat kelak


Sekali lagi,marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

0 comments: